Mentalenviro

Puasa dan Bola Sepak

Posted in Uncategorized by Azrul Zabidi on 01/09/2009

Semasa membuat carian bahan untuk kelebihan amalan berpuasa Ramadhan terhadap kesihatan, saya sempat membaca kenyataan pengurus Inter Milan, Mourinho‘The Special One’, Jose Mourinho yang memperkatakan betapa amalan berpuasa telah menjejaskan prestasi pemainnya, Sulley Muntari ketika satu perlawanan sehingga memaksa dia digantikan lebih awal.

Dia menyatakan secara biadap lantaran kejahilan dan prejudisnya bahawa pemain bola sepak tidak harus berpuasa dan Ramadhan ini tiba pada masa yang tidak sesuai. Kesannya adalah apa yang telah berlaku kepada Muntari, dakwa warga Portugis itu. Sebagai respon..Teruskan..

I.S.A: Al-Bughah

Posted in Uncategorized by Azrul Zabidi on 26/08/2009

oben

Bughah kah sahabatku ini?

Apakah dia al-Bughah? Perkataan ini pertama kali didengar saya semasa sidang parlimen Malaysia. Ketika Almarhum Al-Ustadz Fadhil Noor Rahimahullah selaku ketua pembangkang menempelak pihak kerajaan yang ‘membangunkan fitnah yang sedang tidur’ berhubung Tragedi Memali, 1985.

Ketika itu RTM dibawah Menteri Penerangan, Dato’ Zainudin Maidin menyiarkan klip video fitnah berbentuk dokumentari pendek, kononnya betapa ‘ganas’ dan ‘sesat’ para syuhada’ Memali sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Teruskan..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Posted in Uncategorized by Azrul Zabidi on 21/08/2009

ramadhan2

Sedar tidak sedar, Maghrib tadi sudah masuk 1 Ramadhan. Bulan yang penuh barakah dan memang dinantikan oleh sekalian umat. Bulan ini disebutkan dengan nama yang pelbagai. Namun yang paling menarik di hati ini ialah sebagai bulan tazkiyyah atau penyucian.

Pada bulan ini dikurniakan Allah pelbagai anugerah dan tawaran kepada para abid yang senantiasa dahagakan amal soleh. Teruskan..

Belangsungkawa: Al-Marhum Al-Ustadz Asri Ibrahim

Posted in Uncategorized by Azrul Zabidi on 14/08/2009

Pagi Khamis yang baru berlalu (13 Ogos), saya bermimpi. Terdapat perbualan dalam mimpi saya dengan orang yang tidak saya ingat siapa. Perbualan kami berakhir dengan “ Hang tau dak, ustaz Asri dah meninggal?” Saya pun kata, “Ustaz Asri mana?” Ustaz Asri Mufti Perlis tu ka?”

Lepas daripada itu, saya terjaga. Bangun seperti biasa, tanpa sebarang pengesahan tentangnya. Bagi saya, ia hanyalah mainan tidur..Teruskan..

I.S.A: Rakyat dan Pemerintah

Posted in Uncategorized by Azrul Zabidi on 13/08/2009

Apakah perkaitan antara hukum dunia yang dicanang sendiri oleh tangan manusia seperti ISA ini dengan ISLAM. Bagi yang memahami konsep Islam sebagai ad-deen amat mudah untuk memahamimya. Kerana, bukanlah Islam itu agama melainkan satu cara hidup. Setiap persoalan tentang dunia ini tidak terlepas daripada hukum halal, haram, makruh, sunat dan harus. Justeru, apakah pula hukum ISA ini di sisi Islam?

Persoalan yang besar adalah, adakah dalam Islam membenarkan pemerintah melakukan tangkapan dan tahanan tanpa bicara terhadap yang tertuduh? Maka, sebagai Muslim, kita perlu menilai isu ini dengan merujuk Al-Quran dan As-sunnah.Teruskan..

KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI BIN NOORDIN AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Posted in Uncategorized by Azrul Zabidi on 10/08/2009

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Jeff Ooi , Ahli Parlimen Jelutong (DAP)merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.

Didalam kenyataannya , YB Ooi mengkritik hebat Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah , Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR. Teruskan..

Himpunan Mansuhkan ISA

Posted in Uncategorized by Azrul Zabidi on 28/07/2009

ISA

Buat sekelian umat yang peka, pastinya 1 Ogos 2009 nanti akan menjadi satu tarikh keramat bagi mereka. Perarakan raksasa secara AMAN oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa, mengatasi lingkungan partisan politik akan berlansung di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ini mengingatkan kepada demonstrasi mega BERSIH yang pernah diadakan pada 2007 melibatkan penyerahan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi menuntut ketelusan amalan demokrasi di tanah air.

Namun, kali ini lain pula agendanya. Ia akan lebih bersifat ekspresi massa menentang kezaliman dan kekolotan pengamalan undang-undang rimba dan purba. Menuntut pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dijadikan perisai politik sejak 1960 lagi selain pembebasan tahanan dan penutupan kem Kamunting. Teruskan..

Flip Flop Flower

Posted in Uncategorized by Azrul Zabidi on 27/07/2009

Seandainya anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, cubalah lihat di kiri kanan anda. Anda mungkin perasaan wajah berkerut sang pemandu yang tertekan. Lebih tertekan apabila keretanya yang berharga ratusan ribu itu juga terpaksa melalui fenomena biasa warga kota khasnya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Si apek tua bersama kapcai C70 juga yang tersenyum riang dapat mencilok di sepanjang kesesakan. Namun, itu semua kejadian dan pandangan biasa di awal pagi mahupun selepas tamat sahaja waktu bekerja.

Apa yang baru dan menarik perhatian ialah tentang kewujudan sepohon pokok tiruan berbunga dengan dua helai daun menari-nari di hadapan dashboard kereta-kereta di jalanraya kita hari ini. Lebih popular, ia dijual dengan nama Flip Flop Flower (FFF). Teruskan..

Boikot Sampai Lumpuh!

Posted in Uncategorized by Azrul Zabidi on 17/07/2009

Ketika masih menuntut di Pusat Matrikulasi UIAM di Petaling Jaya, bersama rakan-rakan sepengajian, kami berdemonstrasi di Masjid India, Kuala Lumpur. Antara yang diseru pada ketika itu ialah supaya masyarakat Islam memboikot produk Amerika dan Yahudi.

Kemudian, sesudah berada di pengajian tahun dua di Gombak. Sekali lagi turun berdemo; menyeru setiap warga memboikot produk Amerika. Di hadapan masjid Sultan Ahmad Shah UIA Gombak itu juga, kami membantah kekejaman Israel yang melancarkan perang ke atas Hizbullah di Lubnan yang menjadikan rakyat Palestin mangsa keadaan yang tersepit. Teruskan..

Antara Untung 20% dan Rugi 30%

Posted in Uncategorized by Azrul Zabidi on 13/07/2009

Sehari dua ini, warga 1Malaysia berkemungkinan telah dan sedang bersorak gembira dengan ‘11 hadiah rakyat’ yang diumumkan Menteri Perdana. Kelihatan kesemua hadiah tersebut begitu menyelerakan dan sungguh didambakan oleh sekelian rakyat selama ini.

Di warung kopi mahupun di majlis Hi-Tea akan memujilah juak-juak 1Malaysia yang pernah berdemonstrasi di hadapan Komtar, Pulau Pinang untuk melampiaskan nafsu amarah mereka kepada Tuan Eng kerana menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tatkala menerajui kerajaan negeri Mutiara yang baru. Teruskan..